~Alhamdulillah 'ala kulli hal wa nikmah~

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, March 09, 2012

Like tak gambar saye?


cung kan khat kufi ni? khat surah al fatihah.. sangat2 suka! bertambah cute ngan anak dawe sorg ni konon2 tgh dok menghafal fatihah..

ini contest bertajuk Aku & Kufi.. rajin2 la like.. ajak semua sedara mara sepupu sepapat sekali like.. like kat sini.. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=223693204396647&set=a.223692497730051.44622.132504170182218&type=3

Thank YOU!

Thursday, March 01, 2012

Safiyyah pakai tudung!

Semalam, lepas aku habis solat Isya', pusing belakang tengok apa dia buat senyap2 ni.. rupa2nya dia bongkar beg aku n amik tudung2 aku.. satu2 dia try nak pakai.. sarung2 kat kepala x lepas2.. pastu aku mintak kat dia n ckp "meh umi pakaikan" terus dia hulur muka dia.. bila pakai je punyelah suka n sengih2! tapi terus tarik nak bukak balik.. aku berdirikan dia n bagi sudu baru dia boleh dok diam n cepat2 amik gambar!


sekarang ni sukaaaa sangat imitate ape aku buat.. pakai tudung, cakap kat fon.. yang kelakar nye semalam tgh aku mkn, mee aku jatuh atas kain.. aku kutip n makan balik.. boleh dia pun buat2 amik something dr kain aku n masuk mulut jugak.. safiyyah.. safiyyah.. u are getting cuter each day! mulut pulak sekarang sangattttt riuh! semua orang dia nak tegur! sampaikan aku attend talk Imam Muda Hasan pun terpaksa dok atas lantai sebaris dengan kawan2 yg dok atas kerusi sebab dia nak lepas main kat bawah! akhirnya, aku bersantai kat belakang dewan bagi dia main..

Allahumma Solli wa Sallim 'Alaih.. Haza Min Fadhli Rabbi..

Friday, February 24, 2012

3 in 1 event

Maka, apabila digabungkan, jadilah 3 dalam 1 event iaitu aqiqah, maulud dan birthday..

Ccantik kan candy corner ni? disponsor oleh kawan baik aku merangkap mak angkat Safiyyah.. pagi2 dia lah yang datang tolong mana patut..

tema pink hitam. khemah ini berharga RM280 1 set merangkumi khemah, scallop 2 warna, meja bulat  x 5 berserta alas 2 layer, kerusi x 40, kipas dan 2 biji lampu dan free meja buffet.

sebelum start event.

nasi beriani + nasi putih + ayam masak merah + dalca + acar timun + kambing masak masala + kambing masak hitam + pappadam + buah campur + air kiwi + air sirap + teh o panas + cendol.
panjang meja buffet dr pintu masuk ke gate! caterer pun layan dengan peramah dan baik sangat!

Bumble Bee cake dr Secret Recipe yg tersangat2 comel!

sehinggakan berebut2 semua budak2 nak cabut segala benda kat bumble bee tu!

Alhamdulillah, dapat juga meraikan anak2 yatim dari Rumah Amal Kasih Bestari

meriah dan penuh rumah! sangat best! ibu bapa, adik beradik, anak2 saudara, makcik pakcik, sepupu sepapat, kawan2, jiran2..

juga menjadi medan pertemuan semula kawan2 UiTM.. dulu masing2 berlumba gendong buku.. sekarang masing2 berlumba gendong anak.. ohh pantas sungguh masa berlalu!

Safiyyah sayang Abah dan Abah sayang Safiyyah!


Safiyyah sayang Umi dan Umi sayang Safiyyah!

dan tanpa disangka2 saya dapat hadiah!! terima kasih semua!!



harap tak bosan, sekarang blog semuanya cerita pasal budak ini:

Thursday, February 23, 2012

Maulud

since pindah rumah, teringinnnn sangat nak buat maulud kat rumah tu.. teringat2 dulu every year, mlm 12 rabiul 'awwal, mesti rumah kitorang penuh ngan kawan2 n sedare mara umi abah baca maulud dan selawat dan puji2an ke atas Rasulullah.. aku sukaaa sgt maulud dr kecik.. bila nak buat aqiqah ni teringin sangat Safiyyah disambut dengan bacaan maulud.. semoga mendapat keberkatan dari Rasulullah SAW..

salinan bacaan maulud untuk setiap seorang


tapi masalah nak baca maulud ni nak kena carik orang yg boleh lead dan orang yg boleh baca.. setelah puas mencarik dan memujuk, akhirnya Abah setuju untuk lead bersama 4 orang yang boleh baca.. dan beberapa orang lain tukang meramaikan dan menyambut.. perempuan duduk di belakang tabir dan baca perlahan2..


sempena dengan bulan Rabiul awwal ni.. terlaksana impian aku untuk buat bacaan maulud di rumah.. inshaAllah tahun depan nak buat lagi! rasa tenang dengan bacaan maulud ni..


Wednesday, February 22, 2012

Aqiqah

Setahun dok tangguh2 nak buat aqiqah.. akhirnya takmo tangguh2 dah, terus set date buat time birthday Safiyyah. mula2 dok survey mana lah nak carik kambing.. dok search kat mudah.my n blog2 n fb2..

akhirnya, kitorang terus amik ngan caterer terus siap masak. dia bagi contact number kandang yg available n kitorang pergi pilih sendiri dan org kandang akan sembelih depan kami.. kandang ni kat Jalan Bakti, Kapar, Klang.. nama kandang ni UMM Baraqah dan ini website dia.. http://kambinghalal.blogspot.com/

Antara 9 kambing ni, 5 dah ada orang punya.. puaslah memilih ini itu semua dah ada org booking.. kambingnya sihat2 dan agak berisi jugak.. pastu tengok kandang sebelah.. ade sekor kambing yang nampak cam kurus tp tinggi.. org tu ckp, jgn tgk pd kurus gemuk sebabnya yg nampak gemuk tu sbenarnye bukan gemuk, tp bulu tebal.. so kitorang pun decide amik yg tinggi tu..

ini budak sgt excited tengok kambing! tak habis2 dia panggil "cat!!" semua binatang pun dia panggil "cat".. bila panggil2 dia suruh tgk kamera nak amik gambar, marah dia dengan nada "jangan kacau!! tgh concentrate nak pilih kambeng ni!!"

rilek je dia usap2 kambing tu.. mula2 ingatkan dia saje nak acah2 pegang.. bila bagi dekat2, mmg betul dia pegang n usap slow2.. kambing ni pun sgt baik! tenang je masa org angkat n ikat.. bawak ke tempat sembelih pun takde meronta2.. sembelih pun takde menggelupur..

inilah dia kambing yg cool dan macho!

Alhamdulillah, dengan mudah kambing ni telah selamat disembelih untuk dijadikan aqiqah Nur Safiyyah Ayra..


kemudian, orang kandang akan lapah2 dan hantar ke caterer.. caterer akan masak dan terus hidang pada tetamu pada keesokan harinya.. kambing masak 2 jenis lauk ni aku dapat RM900 dari KHK Foods kat Klang gak.. ini facebook dia.. http://www.facebook.com/khkfoods

dan kemudian kami dapat sijil sekali!


Related Posts with Thumbnails